Nama Hang Nadim menarik perhatian saya untuk dijadikan nama pena. Saya harap nama ini memberi tuah. Alhamdulillah, rezeki berpihak kepada kami. Sebenarnya, saya enggan mendedahkan identiti sebenar Hang Nadim. Tetapi, saya ada menyimpan hasrat menjelaskan kepada umum selepas lagu Potret mara ke peringkat final AJL30. Ini kerana peminat mesti menanti dan mengharapkan karya yang lebih baik selepas kemenangan ini,” katanya kepada portal BH Online.